Assalamualaikum.....
Selamat menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan kepada umat Islam. Mudahan puasa kita diberkati Allah dengan lengkapkan diri seperti yang diperintahkan Allah. Bukan apa Juwita, kadang kita puasa tapi kita buat maksiat, kita puasa tapi kita ngumpat, kita puasa tapi kita tak solat, kita puasa tapi kita borong kat bazaar sampai membazir bukan ker rugi kita penat2 berpuasa menahan lapar tapi tak berkat
Baik kita bersederhana dalam jiwa baik dalam lakukan amal ibadah kebajikan sedekah, hanya Allah yang tahu keikhlasan kita.
Hutang kerja
MasyaAllah, sebenarnya hati Juwita tak tenteram kerana terlalu banyak kerja yang tertangguh, rasa bersalah pada boss. Juwita berharap sangat agar diberi kelapangan barang seminggu untuk selesaikan hutang kerja Juwita. Semalam Juwita terfikir masa cuti raya nanti Juwita nak ambil masa untuk buat kerja2 tu tapi lewat sangat dah tu. So, nak ambil cuti masa Juwita dapat cuti sakit sebab cabut gigi yang makin teruk lubangnyer 2 gigigi geraham Juwita habis.Sibuk sangat sampai tak sempat cabut gigi hilang seri Juwita. Hehehe.
oklah Juwita henti di sini dulu sebab nak pergi bazaar Ramadhan kat rumah mak Juwita jap lagi nak balik rumah kat PJ. Malam ni nak settlekan sikit hutang kerja Juwita supaya tenang sikit jiwa Juwita walau sampai lewat malam pun.
Selamat Berbuka Puasa yer.....
No comments:
Post a Comment