Sunday, July 22, 2012

Hari 2 Ramadhan 1433

Assalamualaikum.....

Selamat menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan kepada umat Islam. Mudahan puasa kita diberkati Allah dengan lengkapkan diri seperti yang diperintahkan Allah. Bukan apa Juwita, kadang kita puasa tapi kita buat maksiat, kita puasa tapi kita ngumpat, kita puasa tapi kita tak solat, kita puasa tapi kita borong kat bazaar sampai membazir bukan ker rugi kita penat2 berpuasa menahan lapar tapi tak berkat
Baik kita bersederhana dalam jiwa baik dalam lakukan amal ibadah kebajikan sedekah, hanya Allah yang tahu keikhlasan kita.

Hutang kerja
MasyaAllah, sebenarnya hati Juwita tak tenteram kerana terlalu banyak kerja yang tertangguh, rasa bersalah pada boss. Juwita berharap sangat agar diberi kelapangan barang seminggu untuk selesaikan hutang kerja Juwita. Semalam Juwita terfikir masa cuti raya nanti Juwita nak ambil masa untuk buat kerja2 tu tapi lewat sangat dah tu. So, nak ambil cuti masa Juwita dapat cuti sakit sebab cabut gigi yang makin teruk lubangnyer 2 gigigi geraham Juwita habis.Sibuk sangat sampai tak sempat cabut gigi hilang seri Juwita. Hehehe.

oklah Juwita henti di sini dulu sebab nak pergi bazaar Ramadhan kat rumah mak Juwita jap lagi nak balik rumah kat PJ. Malam ni nak settlekan sikit hutang kerja Juwita supaya tenang sikit jiwa Juwita walau sampai lewat malam pun.


Selamat Berbuka Puasa yer.....

Salam Sejahtera....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dunia Juwita adalah mengenai kehidupan Juwita yang tak seberapa hebat pun kalau nak diceritakan tapi Juwita suka nak ambil iktibar setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling Juwita. Bukan Juwita nak jadikan tempat ni untuk cerita keburukan orang tapi ruang untuk kita berfikir ke arah yang lebih baik demi untuk sifat dalaman kita sendiri dan orang lain dapat manfaat dari kebaikan kita.
Mulai hari ini Juwita nak aktif dengan blog dan ramai yang akan tau apa yang dilalui Juwita sepanjang kehidupan Juwita yang penuh warna warni.
Kalau ada komen Juwita alu-alukan untuk beri pandangan atau ingin bertanya lanjut.

Juwita mulakan blog baru ni pada hari ke2 Ramadhan moga dapat rahmat dariNya.
Jadi tunggulah kisah Juwita yang berikutnya mulai hari ini.

Juwita sayang kamu.....